Friday 12 July 2013

Hari Jumaat - Minggu Pertama di Bulan Mulia

Assalamualaikum kepada pembaca

Pertama kali Pena Ukiran (P.U) menulis dalam blog sendiri ala-ala santai. (Saje je test2 jadi blogger)
Selalu nya P.U akan tulis dalam note kat FB. Pastu copy and paste kat blog ni. Saja je nak berkongsi pendapat dengan pembaca Internet. =)

Amacam dengan Minggu pertama dalam menempuh bulan Mulia ni?
Syok tak? P.U rasa seronok + sedih.

P.U rasa seronok kerana berpeluang menempuh bulan puasa dan cuba nekad untuk menjadi lebih baik dari semalam

Kalau yang menyedihkan pula sebab, sedang Islam berkembang untuk membentuk sebuah kerajaan KHULAFA, pihak asing  telah menggangu ketenteraman awam menyebabkan berpuluh orang meninggal dunia di MESIR.

Entah kenapa laa mereka benci sangat dengan ISLAM. 

Yang syiah pon satu, pelik-pelik je pergi sokong pihak zionis dan sekutunya buat apa? Kata anda Islam yang menjadikan Quran di hati. Sekiranya Quran di hati, pernahkah anda terfikir bahawa Allah berfirman agar tidak menjadikan mereka sebagai sekutu? 


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Saya rasa mereka (golongan syiah) bersikap bodoh sombong. Konon-konon memperkenalkan diri mereka baik diluaran supaya orang lain akan mengikut cara hidup mereka yang lebih menjurus kepada apa yang dibenar / dilarang oleh IMAM mereka bukan berpandukan Quran dan Sunnah.

Syiah-syiah... kalau ada rakyat Malaysia menjadi golongan syiah. Cubalah belajar semula agama Islam dengan Sunni. Bandingkan kehidupan SUNNI dengan SYIAH. dan tidak dilupakan juga mohonlah hidayah pada Allah tanpa berputus asa. (peringatan untuk diri sendiri nih.) 

=). Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Allah mempermudahkan urusan para pembaca dan juga Ummat Islam yang sedang mempertahankan Islam kerana Allah. =)

Kalau ada salah dan silap, sila tegur saya. ^_^

Tuesday 25 June 2013

Ini la salah satu coretan dari hidup ku.

Assalam
mase saya sekolah agama dulu tingkatan 1 & 2

saya berpeluang berjmp dengan anggota kumpulan nasyid ni
waktu tu, saya anggap macam remeh je ble nak gi jmp
baik gi jmp "michael jackson". 
sbb ape? sbb sy anggap mereka ambil bayaran yg sgt murah kalau nak dibandingkan dengan artis malaysia yang lain. Mereka hanya ambil RM200/per ahli anggota utk upah persembahan di sekolah lama saya

(cara sy berfikir dulu2)
Sy bg conclusion dengan menganggap.. they are cheap people.

tapi bila dah berusia 26 tahun...
stelah meredah pelbagai peristiwa dalam kehidupan
dan setelah beliau (ahli anggota nasyid) pulang menemui Sang Maha Pencipta
saya dapat rasakan kehilangan beliau.

terasa kejahilan diri ini kerana tidak memilih untuk bersama dengan yang terpilih
alangkah ruginya diri ini.

Dan apabila Ustaz Don menyampaikan hadis Rasulullah SAW berkenaan Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan alim-ulama. adalah sangat benar.

Daripada Abdullah Bin 'Amar Bin 'Ash r.a berkata; Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah taala akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama. Sehingga apabila sudah tiada para ulama, manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan golongan jahil, lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah, maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain”.
(H.R Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sunday 26 May 2013

Perjalanan Muslim


Hampir dua tahun berdakwah di pedalaman Sabah, pastinya terlalu banyak kejadian yang dialami dan boleh dikongsikan sebagai pengajaran dan sempadan.

Ramai yang bertanya, apakah langkah yang saya gunakan untuk berdakwah?

Berdakwah ada caranya. Pastinya model Rasulullah SAW terbaik untuk diikuti dan dicontohi.

Merujuk kepada hadis yang diceritakan oleh Sayidina Mu’az Ibnu Jabal,  itulah asas yang saya ikuti untuk berdakwah.

“Dari Mu'az r.a., katanya: "Saya diutus oleh Rasulullah SAW lalu beliau SAW bersabda: "Sesungguhnya engkau akan mendatangi sesuatu kaum dari ahlul kitab - Yahudi dan  Nasrani, maka ajaklah mereka itu kepada menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya saya adalah pesuruh Allah.


Jikalau mereka telah mentaati untuk melakukan itu, maka beritahukanlah bahawasanya Allah telah mewajibkan atas mereka akan lima kali sembahyang dalam setiap sehari semalam. Jikalau mereka telah mentaati yang sedemikian itu, maka beritahukanlah kepada mereka bahawasanya Allah telah mewajibkan atas mereka sedekah - zakat - yang diambil dari kalangan mereka yang kaya-kaya, kemudian dikembalikan - diberikan -kepada golongan mereka yang fakir-miskin.

Jikalau mereka mentaati yang sedemikian itu, maka jagalah harta-harta mereka yang dimuliakan – yakni yang menjadi milik peribadi mereka. Takutlah akan permohonan - doa - orang yang dianiaya - baik ia muslim atau kafir, karena sesungguhnya saja tidak ada tabir yang menutupi antara permohonannya itu dengan Allah - yakni doanya pasti terkabul." (Muttafaq 'alaih)


Mulakan dengan memperkenalkan Allah dan Rasulullah kepada manusia, hingga mereka mahu beriman dan mengikrarkan keIslaman dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Setelah mereka mahu beriman dan memeluk Islam, ajarkan mereka solat lima waktu sehari semalam. Tunjukkan cara dan beri bimbingan. Solat bersama mereka setiap waktu, hingga sebati jiwa mereka rindu ingin menyembah Allah.

Seterusnya didik mereka menghayati Islam dengan mengajar ilmu berkaitan hukum hakam Islam yang lainnya, hingga wujud penghayatan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka.
Laluan dakwah 2011-2013
Peringkat awal, bermula Julai 2011, saya dan isteri ke pedalaman Sabah, khususnya kawasan yang bermula dari Sepulut hingga ke Pensiangan dalam daerah Nabawan, sekadar berziarah.

Kami cuba ziarahi setiap rumah di kampung-kampung, tidak kira kenal atau tidak. Memang kebanyakannya kami belum kenal kerana pertama kali tiba di sana. Setiap kunjungan kami pastikan ada buah tangan dibawa bersama sebagai hadiah untuk mereka.

Kebiasaannya kami akan bawa bungkusan yang berisi sekarung beras, gula, kopi, satu tin sardine, garam dan bawang. Cukup untuk satu sajian makan malam bagi satu keluarga kecil. Lebih-lebih lagi kami tidak punya tempat persinggahan yang tetap ketika itu. Jika kami kemalaman, di rumah mana saja yang mengizinkan kami menumpang bermalam, di sanalah kami akan tidur.

Kami ulang langkah ziarah itu setiap kali ke sana, dalam kekerapan 3 minggu hingga sebulan sekali. Rupanya ziarah kami berulang kali itu menimbulkan persoalan di benak hati mereka. Mungkin kerana sebelum ini tiada yang datang sedemikian rupa. Kalau adapun hanya sekali, atau lima tahun sekali ketika hampir pilihanraya.

Biasanya mereka akan bertanya, “Apa tujuan tuan ke sini?”

“Saya mencari saudara saya.” Jawab saya.

“Mana boleh! Tuan orang Melayu, kami orang Murut, mana boleh jadi saudara…?” mereka bertanya penuh kehairanan.

Saya jelaskan, “Sebenarnya saudara yang saya cari ialah saudara Islam. Dalam Islam kita semua bersaudara. Jika ada di kalangan kamu yang Islam, dialah saudara saya. Wajib  saya lihat keadaannya, beri bantuan dan bimbingan kepadanya.”

Setelah mendengar penjelasan, mereka terdiam, mungkin berfikir…

Tidak lama selepas itu, biasanya akan ada yang menelefon saya, “Ustaz, saya mahu jadi saudara Ustaz!” Maksudnya ingin memeluk Islam.

Dalam kunjungan seterusnya, mereka yang ingin jadi saudara itu diberi penerangan tentang Islam. Waktu itulah mereka berkumpul sekeluarga mendengar tentang Allah dan Rasulullah. Hati terbuka, turun hidayah Allah, lalu mereka mengucap kalimah suci, dua kalimah syahadah.

Rupanya, perkataan “saudara” itu amat menarik hati mereka untuk mengenali Islam. Benar, Islam itu memecah segala tembok asabiyah, kebangsaan atau kesukuan.

Dalam bahasa murut, saudara itu disebut pahaka. Saya namakan perahu yang kami bina dan gunakan di sungai-sungai pedalaman sebagai PAHAKA-KU, sebagai lambang persaudaraan yang utuh di dalam Islam. Hingga kini semakin ramai yang punya impian menjadi saudara Islam, insyaAllah.

Benarlah sabda Rasulullah ﷺ, “Saling berhadiahlah kamu, nescaya kamu akan saling sayang- menyayangi.” (HR Bukhari)







محمد فضلي بن يوسف
25 Mei 2013

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, https://www.facebook.com/notes/mohd-fadli-yusof/langkah-demi-langkah-berdakwah/10151721315531719


1. Jika anda ingin berkongsi saham akhirat untuk misi  dakwah di pedalaman Sabah. Keperluan untuk perjalanan pendakwah dan kebajikan mualaf antara yang amat diperlukan. Jika anda bermurah hati untuk menderma atau zakat, bolehlah masukkan ke akaun saya, 

164427309874 Mohd Fadli Yusof, Maybank.
14290000431202 Mohd Fadli Yusof, CIMB.
14014020737552 Mohd Fadli Yusof, Bank Islam.
email mfadli11@yahoo.com
Kalau sudah masukkan sumbangan, tolong nyatakan jumlahnya dan bila masa dimasukkan.

2. Akaun wakaf untuk pembinaan asrama dan kelas pengajian:

PUSAT PEMBANGUNAN AS SABAH (MAYBANK)564427506145

3. Sumbangan berbentuk barangan seperti CD/VCD, buku panduan solat, buku Iqra', Al-Quran terjemahan, alat tulis, telekung, tudung dan lain-lain boleh dikirim terus ke:
ZAKI YUDIN BIN ABD RAHIM, PETI SURAT 340, 89007, KENINGAU, SABAH. Tel: 013-8752989.

Saturday 25 May 2013

Hati & Ekonomi



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati MENERIMA MAKANAN TERLARUT dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus.

Dalam kehidupan seharian, aktiviti asas bagi seorang manusia ialah "makan". Tanpa memakan makanan, seseorang itu tidak akan dapat melakukan aktiviti dengan sempurna akibat lapar.
Setiap orang akan makan 1 kali, 2 kali, mahupun 3 kali sehari. malah ade yang lebih. bergantung kepada individu.

Dari sini lah keberkatan sumber rezeki yang diperolehi memainkan peranan khususnya dalam kehidupan seseorang Tanpa kita sedari. kesan makanan ini bakal mempengaruhi dari seorang akan menjadi berkumpulan. dari berkumpulan wujudnya masyarakat. dari masyarakat tertubuhnya negari.

Bersih Rezeki 
Pemimpin Diadili
Berkat rezeki 
Aman Negeri

PenaUkiran.
_______________________________________________________________________

Imam Ghazali berkata, “Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka
makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.” 

Betapa ramai umat Islam terperangkap dalam dilema pemilihan makanan. Bukan sekadar makanan daripada unsur haram tetapi cara untuk mendapatkan makanan juga haram tanpa disedari secara sengaja atau tidak. 
Tidak ada orang Islam yang sanggup memakan babi, justeru ia dielakkan tetapi masih ramai yang makan makanan dibeli dengan wang hasil daripada menipu, memeras ugut, curi tulang, rasuah dan menzalimi hak orang lain. 

Kadang-kadang, perkara seumpama ini masih tidak memberi apa-apa kesan buat si pencari nafkah dalam sesebuah keluarga. Mereka merasakan sumber sebegitu langsung tidak akan menjejaskan kesihatan yang nampak secara zahirnya. 

Walhal aspek itu yang patut didahulukan kerana ia bakal membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Keberkatan itu tidak akan nampak secara zahir, tidak dapat dirasakan oleh hati yang telah dikotori sifat mazmumah dan dosa pahala tidak dapat dimengertikan kerana tiada sebarang kesan kelihatan. 

Hati yang lalai akan berterusan dikotori dengan sumber rezeki haram tanpa sedikit pun penyesalan. 
Hati akan rosak jika memakan makanan haram sedangkan ia umpama raja dalam kerajaan diri kita. Jika baik hati, maka kebaikannya akan menyerlahkan seluruh jasad namun, jika hati jahat maka jahatlah seluruh diri manusia. 
Justeru, berhati-hatilah dengan apa yang kita makan dan berwaspadalah dengan cara bagaimana kita mendapatkan makanan. Apa yang kita makan dan cara kita mendapatkannya akan menentukan secara dasarnya persoalan hidup serta nasib di akhirat kelak. 

Makanan yang haram akan memberi kesan langsung kepada kehidupan. Tidak dapat dinafikan pembangunan akhlak seseorang turut dipengaruhi makanan yang diambil. Jika diambil daripada sumber haram, maka akan terbentuklah individu Muslim yang tidak mengikut acuan Islam sebenar. 

Akhirnya, akan lahir masyarakat yang sarat dengan masalah sosial akibat hidup tiada keberkatan berpunca daripada susur galur pemakanan yang menjadi darah daging. 

Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaihi daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat terkenal iaitu Saad bin Abu Waqash meminta Rasulullah SAW memohon kepada Allah supaya apa saja doa permohonannya dikabulkan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Dan barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api neraka lebih baik baginya.” 

Kesedaran yang timbul mampu membantu kita memperbaiki usaha mencari nafkah supaya diri dan keluarga tidak berterusan menjadi mangsa sikap tidak peka kita membezakan halal dan haram sumber rezeki. 

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berusaha mencari rezeki atau nafkah untuk keluarganya daripada cara mendapatkan hasil yang halal, maka ia seperti berperang di jalan Allah. Dan sesiapa yang mencari sesuatu yang halal dan menjaga diri daripada sesuatu yang haram, maka dia akan mendapat darjat orang yang syahid.” 

Makanan bukan sekadar perlu dinilai berdasarkan khasiat dan kelazatannya, yang lebih penting adalah keberkatannya. Di samping berpegang kepada konsep halal dan toyyib, perlu juga dihiasi dengan adab makan yang digalakkan dalam Islam. 

Dengan itu, keberkatan dapat diraih, ia melambangkan kesyumulan dan keindahan Islam itu sendiri dalam melahirkan generasi yang berkeperibadian mulia serta beradab tinggi.

Penulis ialah pegawai penyelidik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia

POLITIK dari kata seorang ILMUWAN ISLAM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

MASJID ITU GELANGGANG POLITIK.....

Agenda Islam dalam persoalan politik semasa sepatutnya akan lebih membersihkan dunia politik yang selalu disifatkan sebagao "a dirty game" 

Ini selaras dengan sifat Islam sebagai agama yang suci dan menyucikan. Jika apa-apa yang diperjuangkan oleh parti politik (tidak kira pihak kerajaan atau pembangkang) benar-benar Islam, langkah itu tentunya akan menghasilkan keadaan yang lebih positif.

Islam sudah sewajarnya mempunyai elemen untuk membersihkan dunia politik dan ahli politik. Anehnya, perkara ini tidak berlaku. Malah politik kelihatan menjadi lebih kotor apabila elemen "Islam" dimasukkan dalam persaingan parti-parti politik. Justeru, kini telah timbul satu persoalan; apakah politik telah "diislamkan" atau Islam yang telah dipolitikkan?

Satu isu yang sangat berkait rapat dengan persoalan ini ialah kaitan antara institusi masjid dengan politik. ada pihak beranggapan bahawa institusi masjid seharusnya bebas daripada sebarang kegiatan politik. Menurut mereka, para imam dan khatib tidak sewajarnya menggunakan khutbah dan kuliah agama sebagai platform politik. Agama dan politik mesti dipisahkan.

Tanggapan ini ada benarnya jika politik dilihat dalam realiti semasa. Umum kini melihat politik bukan lagi dari aspek ilmu dan falsafahnya, tetapi lebih diwarnai oleh perilaku parti dan gelagat ahli politik. Kebanyakan kita melihat politik sebagai sebuah gelanggang perebutan kuasal penggunaan wang, pertelagahan antara ahli-ahli parti, pembelotan dan tipu muslihat.

Menjelang plihan raya, kita melihat bagaimana kaedah-kaedah yang tidak bermoral akan digunakan untuk mencapai kemenangan. Kata-mengata dan cerca-mencerca misalnya, sudah menjadi suatu yang lumrah dan hampir diterima sebagai satu budaya politik semasa. Jika inilah wajah politik yang ada, maka wajarlah masjid diselamatkan daripada "kekotoran" itu. Politik sebegini bukan sahaja tidak layak dibawa masuk ke dalam masjid, malah di luar masjid pun tidak layak diamalkan!

Ada pula pihak lain yang beranggapan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Oleh kerana politik ialah salah satu cabang daripada ajaran Islam, maka para khatib, imam dan bilal berhak menyentuh isu-isu politik kerana ia memang satu persoalan dalam kehidupan. Bukankah Islam satu cara hidup? itu hujah mereka. Oleh sebab itu,tidak salah jika masjid dijadikan platform untuk menyentuh soal-soal yang ada kaitannya dengan politik.

Tanggapan ini juga ada benarnya dengan syarat politik dilihat dari segi erti, falsafah dan peranannya yang sebenar. Istilah "siasah" dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna, "to lead, to guide, to conduct, to direct". Jika politik dilihat menerusi dimensi ini, masjid bukan sahaja boleh dijadikan tempat berpolitik, bahkan mesti dijadikan pusat kegiatan politik.

Rasullulah SA..W pernah bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu merupakan pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinannya." (Muttafaq'alaih)

Urusan ini sangat penting dalam ajran Islam kerana kepimpinan (politik) adalah antara alat untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah S.W.T. Lantaran itu, politik menjadi sesuatu yang bersih kerana ditunjangi oleh aqidah yang mantap, diipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak.

Sejajar dengan ini, Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya telah menjadikan masjid sebagai tempat perbincangan dan mesyuarat untuk memimpin dan mentadbir manusia. Dari mimbar masjidlah Rasulullah S.A.W menjelaskan tanggungjawab pemimpin, peranan rakyat jelata, prinsip keadilan, susunan masyarakat, pembangunan ekonomi, pendidikan dan pelbagai urusan kepimpinan yang lain.

Islam tidak boleh terus kekal semacam "bahan komiditi" yang menjadi alat politik semata-mata. Kita tidak boleh melanggar nilai-nilai Islam dengan alasan untuk menegakkan Islam. Soal masjid boleh atau tidak dijadikan tempat berpolitik sebenarnya bergantung kepada bagaimana politik itu ditakrif, ditafsiran dan dipraktikkan.

Jika politik ditakrifkan dan dilaksanakan dengan tepat mengikut Islam, maka masjidlah tempat yang paling sesuai untuk berpolitik. Sebaliknya jika takrifnya tersasar atau dilaksanakan dengan cara yang salah, maka sewajarnya masjid "diselamatkan" daripada aktiviti politik.

SOLUSI 39 - ms : 3
Penulis = Muhammad Jihad